Khamis, 5 Mac 2009

Demi masa,
sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian,
kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh,
dan berpesan2 kepada kebenaran,
dan berpesan2 kepada kesabaran...
Allah bersumpah dgn masa,yg mana masa itu tidak mampu makhluk mengciptanya.itulah hebatnya allah.allah akan bersumpah dgn sesuatu yg makhluk tidak mampu mengciptanya.umpama 'demi kiamat','demi bintang,'demi bulan,'demi langit dan cekerawala',dan sebagainya...
semua manusia didalam kerugian.yg mana masa itu meniggalkan kita tanpa kita tak mampu memutarkannya semula.inilah masa.masa ini adalah seperti pedang.yg mana jika kita tidak memotongnya,maka kita sendiri yg terpotong oleh masa.begitu bahaya dan berharganya masa.kerana masa bukan makhluk yg kita boleh putar dan kita kawalnya.masa akan berlalu tanpa kita sedari yg kita sudah hampir ke liang lahad.berapa ramai manusia di dalam dunia ini yg meghargai masa mereka utk makan hati???bukan sje jasad kita yg memerlukan makan tapi hati juga perlukan makanan utk terus hidup sebagai makhluk yg memegang jawatan hamba allah.renungkanlah sejenak sahabatku,pernahkah kita meghargai masa yang kita ada???pernahkah kita tergolong dlm org2 yg rugi???
namun bukan semua org2 itu didalam kerugian.org2 yg beriman dan beramal soleh sje yg mampu mengawal masa dgn sebaik2nya.setiap detik,masa diluangkan utk iman.kerana iman itu amat berharga utk bekalan kita utk berjumpa tuhan pengcipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.kita di dunia ini adalah umpama petani.petani yg berjaya adalah petani yg banyk menanam biji benih utk di tuai di barzakh akan datang.petani itu adalah antara org2 yg beriman dan beramal soleh yg menghargai masa hanya utk allah.tapi berapa ramai org2 yg salah faham dgn 'masa hanya utk allah'.pada zaman nabi lg ada salah faham dgn ayat ini.seperti yg berlaku kepada tiga sahabat nabi yg mereka tidak mahu berkhawin,berkerja dan bermasyarakat.mereka mahu menghabiskan waktu di atas tikar sejadah semata2.nabi bersabda dgn mafhumnya "aku juga ada masa utk aku dan allah namun aku menjalani kehidupan seperti biasa.aku berzikir tp aku juga berkerja.aku bermunajat kepada allah tp aku ada masa utk ummat.aku berpuasa tp aku juga berbuka.jika sesiapa yg menjauhi sunnahku maka dia bukan dr golonganku."oleh itu sahabatku,fahamilah islam dgn sejelas2nya.islam tidak membebankan kita penganutnya..
zaman sekarang adalah zaman fitnah.berapa ramai org2 yg mampu mengatakan hakikat sebenar perjuangan.perjuangan kita menuju tuhan seluruh cakerawala.kebenaran memang pahit wahai sahabat2ku,namun kepahitan itu sebenarnya adalah madu yg menyenangkan.kebenaran yg sekarang di perkotak-katikkan oleh tangan2 yg berani menggonjang agama allah.padahal mereka tidak tau sebenarnya agama allah tidak pernah sedikit pun tergonjang dgn goncangan mereka.
wahai teman seperjuangan ku,
fikirlah sejenak tentang masa depan kita sebagai petani dibumi ini.berapa banyak biji benih yg kita semai utk kita tuai di barzakh yg telah lama bersedia menyambut kedatangan kita.sudah bersedikah kita menyambut ajal???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan